BIDADARI MAUT TANPA AIRMATA

BIDADARI MAUT TANPA AIRMATA

Wednesday, June 16, 2010

UNGKAPAN AYAT CINTA


Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.


Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah… perasaanya sama seperti perasaan kita… ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.


CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.


Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya
Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?…

Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.

Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.

Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.

Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara
.

No comments:

Post a Comment